TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PENYEWAAN

TERMA DAN SYARAT PERKHIDMATAN PENYEWAAN

  1. Penyewa bersetuju untuk menyewa peralatan daripada Asterix United (B) Sdn Bhd (Pembekal) selaras dengan Terma dan Syarat ini. Dengan membuat bayaran sewaan awal, membuat pesanan sewaan dan/atau menerima penghantaran peralatan, Penyewa dianggap telah menerima dan bersetuju dengan Terma dan Syarat ini.
  2. Tempoh minimum sewaan adalah tujuh (7) hari atau tempoh yang lebih panjang seperti yang dinyatakan dalam sewaan awal, dan bayaran sewaan bagi tempoh awal sehingga satu (1) bulan hendaklah dibayar terlebih dahulu.
  3. Semua caj sewaan dan deposit adalah tetap seperti yang dinyatakan dan tidak tertakluk kepada sebarang pelarasan (perubahan / penyesuaian caj) sepanjang tempoh sewaan.
  4. Tempoh sewaan akan bermula pada tarikh peralatan dihantar dan akan tamat pada tarikh peralatan diambil semula atau dipulangkan ke Integrity House, mengikut mana-mana tarikh yang terkemudian, Penyewa hendaklah menyediakan akses yang mencukupi bagi membolehkan penghantaran dan pengambilan peralatan.
  5. Sekiranya Penyewa gagal membuat sebarang bayaran pada tarikh yang ditetapkan, pembekal berhak untuk membatalkan kontrak ini dan mengambil semula mana-mana peralatan yang telah dibekalkan yang mana bayaran belum dijelaskan.
  6. Penyewa hendaklah membayar deposit keselamatan, yang jumlahnya berbeza bergantung kepada peralatan yang disewa, dan akan dikeluarkan melalui resit berasingan. Deposit tersebut akan dikembalikan selepas peralatan diterima, tertakluk kepada Klausa 6.
  7. Sebarang bayaran balik akan diproses dalam tempoh satu (1) hingga dua (2) minggu dari tarikh peralatan dipulangkan, tertakluk kepada pemeriksaan mengikut budi bicara Pembekal. Sekiranya terdapat sebarang kecacatan, kerosakan, kehilangan, ketidakfungsian, atau kegagalan memulangkan peralatan dalam keadaan asalnya, Pembekal berhak membuat potongan daripada deposit.
  8. Sekiranya peralatan hilang atau dicuri sepanjang tempoh sewaan, Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya ke atas semua kos yang berkaitan dengan penggantian peralatan tersebut.
  9. Penyewa hendaklah menggunakan peralatan hanya bagi tujuan yang direka bentuk dan mengikut User Manual atau Instructions for Use, serta memastikan peralatan berada dalam keadaan baik sepanjang tempoh sewaan.
  10. Pembekal tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan tidak sengaja yang berlaku ke atas harta benda Penyewa semasa penghantaran, penggunaan atau pengambilan peralatan.
  11. Peralatan adalah hak milik kekal Pembekal dan hendaklah dipulangkan kepada Pembekal pada tamat tempoh sewaan,
  12. Peralatan hanya boleh digunakan oleh Penyewa atau oleh individu lain yang diberi kebenaran bertulis oleh Pembekal.
  13. Penyewa tidak dibenarkan menjual, menyewakan semula atau melupuskan peralatan atau mana-mana bahagiannya, termasuk alat ganti dan/atau aksesori. Penyewa juga tidak boleh memberikan sebarang hak undang-undang ke atas peralatan kepada mana-mana pihak.
  14. Penyewa tidak dibenarkan membenarkan mana-mana pihak untuk membaiki, mengubah suai atau memasang sebarang tambahan pada peralatan tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Pembekal. Sebarang kecacatan atau kerosakan yang dikesan semasa penerimaan penghantaran hendaklah dimaklumkan kepada Pembekal dengan segara.
  15. Penyewa hendaklah mengesahkan alamat di mana peralatan akan disimpan sepanjang tempoh sewaan. Pembekal hendaklah dimaklumkan sekiranya peralatan dipindahkan ke alamat lain.
  16. Penyewa bertanggungjawab menyimpan pembungkusan penghantaran yang boleh digunakan semula dan memastikan peralatan dibungkus semula dengan selamat sebelum pengambilan.
  17. Penyewa hendaklah memastikan peralatan dibersihkan dan di disinfect, serta sedia untuk diambil pada tarikh yang dipersetujui pada akhir tempoh sewaan. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan Penyewa bertanggungjawab ke atas bayaran sewaan berterusan sehingga peralatan dipulangkan. Semua alat ganti dan/atau aksesori hendaklah dipulangkan kecuali dinyatakan sebaliknya.
  18. Pembekal berhak untuk meminda Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa dengan memberikan notis bertulis selama tiga puluh (30) hari kepada Penyewa. Sekiranya Penyewa tidak bersetuju dengan pindaan tersebut, perjanjian sewaan boleh dibatalkan oleh Penyewa dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh penerimaan Terma dan Syarat yang ditetapkan dengan memberikan notis bertulis kepada Pembekal.
  19. Pembekal berhak untuk mengambil semula peralatan sekiranya Penyewa gagal mematuhi Terma dan Syarat ini. Kegagalan tersebut juga memberi hak kepada Pembekal, mengikut budi bicara mutlaknya, untuk menolak sebarang perkhidmatan sewaan semasa atau pada masa hadapan kepada Penyewa. Sekiranya berlaku ketidakpatuhan atau pertikaian sepanjang tempoh sewaan, Pembekal berhak mengambil tindakan segera, termasuk penamatan perjanjian sewaan dan pengambilan semula peralatan, tanpa menjejaskan sebarang hak yang tersedia di sisi undang-undang.